Karya digital NFT kini sudah menjadi bualan ramai di setiap pelusuk dunia mahupun di internet. Setiap hari anda pasti melihat berita terkini berkaitan NFT yang disiarkan secara meluas. Tahukah anda NFT juga telah menarik minat sejumlah artis tempatan untuk turut serta di dalam arena digital ini?

Artis-artis ini sebahagiannya bukan sahaja memiliki karya NFT, bahkan ada di antara mereka yang menghasilkan karya tersebut lalu dijual pada platform Pentas. Jadi, mari kita kenali dengan lebih dekat 6 artis tempatan yang sudah menyertai dunia NFT ini.

Altimet sememangnya sudah dikenali ramai oleh kerana bakatnya yang terserlah di dalam industri rap serta telah menerima pelbagai anugerah pada saban tahun. Dengan perkembangan NFT tempatan yang kian meluas pada hari ini, beliau juga telah menyertai dunia NFT yang sekaligus memeriahkan lagi industri kita.

Beliau mempunyai sebanyak 26 karya NFT sendiri yang habis dijual menerusi platform Pentas dan juga memiliki sejumlah koleksi karya NFT yang dibeli daripada artis-artis tempatan lain. Karya-karya pula terhasil daripada kompilasi video muzik terkenalnya yang kemudian ditokenkan menjadi NFT.

Sumber: https://vocket.tech/6-artis-tempatan-yang-sudah-terlibat-dalam-dunia-nft/