
Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba mungkin antara pemain pertama Malaysia yang menyertai komuniti NFT, malah telah meletakkan aset digital untuk dijual di sebuah ‘Marketplace’ NFT.
Menjadi trend di seluruh dunia saat ini adalah pengumpulan barangan dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang mana merupakan aset digital di dalam dunia digital – anda tidak boleh sentuh tetapi jadi pemiliknya.
Menurut artikel di 99designs.com, NFT boleh jadi sebuah seni gambar, artikel, muzik ataupun ‘meme’ yang mana jual belinya dilakukan secara atas talian seperti anda membeli barang di Ebay, Shopee dan sebagainya.
JDT menjadi pelopor di dalam industri bola sepak di Malaysia dan sukan tanah air memperkenalkan teknologi ini kepada penyokong mereka. Pada Julai lalu, JDT mengumumkan koleksi NFT mereka kepada penyokong.
Menurut kenyataan oleh JDT, “JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong untuk mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini. Turut menanti penyokong JDT adalah ‘faedah’ lain.
Antaranya adalah penyokong berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT.
Ini diikuti Selangor FC yang mana pada Disember lalu telah melancarkan aset digital mereka untuk dimiliki para penyokong mereka secara digital – yang dikenali sebagai Red Giants Non-Fungible Collections (RGNFC).
A box to box midfielder. High quality passes, good ball control. @OfficialJohor football player and the Malaysia National Team @FAM_Malaysia.Welcome aboard @mohd_syamer Thanks for your support! #653 | https://t.co/0vmBs1fvLx #LFH #NFTCommunity #NFTartist #NFTAsia #JDT #FAM pic.twitter.com/HX2PlRwwRm
— BAD APE NFT Official (@BadapeNFT) January 14, 2022